Assalamualaikum...seperti kitani ketahui bahawa Hari Raya adalah hari dimana ALLAH menghalalkan kita berbuka di siang hari setelah Ramadhan meninggalkan musimnya.Di hari ini tali persaudaraan di jalin semula dengan kunjung mengunjungi dan memohon maaf zahir dan batin.
Kebiasaanya...hari raya di Brunei DS memang lewat sedikit dari negara2 jiran ASEANnya seperti Malaysia Indonesia dan Singapura.Dimana 8hb Ogos (8 Agustus) adalah hari raya bagi 3 buah negara Nusantara.Berbeza dengan Brunei DS yang sememangnya dari dahulu hingga sekarang...ketinggalan pesawat.
Okay...menjelang syawal...selepas berbuka orang Brunei biasanya pergi ke pasar raya untuk membeli belah persiapan untuk esok hari.Para ibu dan anak dara di rumah membersihkan dan menyusun ruang tamu untuk hari raya dan lepas menyusun memasak rendang,ketupat dan berbagai jenis makanan untuk di jadikan sajian.Bagi mereka yang sudah berkahwin...contohnya saya...menyambut hari raya di rumah mertua saya.Memang berbeza kerana kebiasaan saya tidak kecoh akan persiapan Hari Raya.
Di pagi hari selepas menunaikan solat...saya akan terus bersiap untuk menerima tetamu lain tidak bukan ialah ipar-ipar dan biras saya.Perubahanya ialah beraya dahulu saya akan menerima sampul hijau akan tetapi setelah kahwin...sampul hijau tidak layak lagi untuk ku.
Begitulah ceritanya Hari Raya yang aku alami pada masa ini.Insya ALLAH akan ku sambung cerita yang lain tentang hari raya di Brunei DS
Tidak ada komentar:
Posting Komentar